Posts

Model Penapis Air

PENAPIS AIR COWAY VILLAEM CHP-08R

Image
Model Villaem merupakan siri paling istimewa di kalangan model penapis air COway yang lain. Ini kerana ianya direka khas bagi pengguna seawal umur 6 bulan sehinggalah mereka yang sudah berusia. Selain didatangkan dengan air Osmosis Berbalik (RO), ianya juga mempunyai ciri tambahan yang sangat istimewa iaitu pilihan suhunya sehingga 4 pilihan. Selain pilihan suhu panas, sejuk dan suhu bilik seperti model-model yang lain, suhu suam bagi kesesuaian susu bayi merupakan fungsi tambahan yang direka khas bagi model penapis air Villaem ini. Penapis air Villaem ini juga antara yang mepunyai kapasiti terbesar bagi sirinya. Dengan kapasiti keseluruhan berjumlah 11.4 liter, ianya mampu menampung pengguna yang mempunyai ahli keluarga ramai ataupun bagi premis yang mempunyai kekerapan pelanggan yang tinggi pada satu-satu masa. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya di: Jabatan Pemasaran Berminat? Sila hubungi kami

Review #2 - Munich (2005)

Image
Terbaca artikel dari The Patriot pasal filem Munich ni. Maka wak pun teruskan pencarian filem ni. Betapa nubisnya MOSSAD waktu ni. Kena game(bodohkan) dengan orang yang diorang buru.  MOSSAD ni agen risikan Israel. Diorang kena siasat 11 atlet Israel kena bunuh dalam 1 penculikan masa Olimpik 1972 di German Barat. Maka 11 suspek dikenalpasti. Tapi cara diorang bunuh semua suspek memang havoc. Senang cerita mesti letup2 berskala besar. Lepas tu main tembak depan orang ramai macam tu je. Agen yang jalankan tugas pulak jarang bekerja di lapangan. Yang bestnya, tukang buat bom pulak tak pernah buat bom. Takde elemen kejutan langsung. Adess Tengah sedap buru 11 suspek tu, diorang pulak yang kena buru. Tapi filem ni serba sedikit buktikan macam mana Israel tanamkan fikiran untuk setiap rakyat diorang Patutla diorang tak rasa bersalah bila dia rampas tanah Palestin. Hujung filem dia ada tekankan bab ni.  Apapun Black September ni antara batu loncatan kepada semua peristiwa seranga

Pes Rendang Ayam

Image
Esok bakal menjadi sejarah sepanjang saya hidup 33 tahun ni. Berpuasa dalam keadaan terkurung di rumah. Haha Takde la terkurung sangat cuma kali ni memang berbeza dari tahun-tahun sebelum ni. Kemeriahan malam pertama waktu berterawih di masjid hilang begitu saja. Tapi apapun hidup mesti diteruskan. Cuma bila dah nak puasa ni. Mula la dah terfikir apa juadah berbuka yang sedap untuk kita makan. Nak makan tu, nak makan ni, nak rasa tu nak rasa ni. Haishh kalau ada bazar ramadhan best juga kan. Boleh pilih je. Tapi kali ni, kita bazar di online je la. Cuma pastinya ada kawan-kawan yang kat luar sana nak cuba untuk masak sendiri. Nak masak ayam masak merah, rendang ayam, ayam lemak cili padi. Tapi bila fikir balik nak sediakan rempahnya.. Ala macam mana ni? Nak beli jintan, kecur, serbuk kari, serbuk kurma.. Banyaknya nak kena beli. Haa jadi sebab tu sekarang ramai yang pakai pes je. Mudah kerja. Tinggal buka, panaskan, masukkan bahan utama macam ayam atau daging dan masa

Saya Introvert dan Extrovert

Image
Hari ni saja je saya baca berkenaan Introvert dan Extrovert. Sebab dikalangan rakan yang dah lama mengenali saya, saya seoran yang extrovert. Tapi saya tak rasa macam tu. Rupanya personaliti saya berbeza mengikut suasana. Saya seorang yang introvert di khalayak ramai dan extrovert pada kalangan keluarga dan kawan rapat. Rupanya ada konflik of interest dalam jiwa saya ni. Haha. Tapi takpe sebab semua orang pun akan rasa macam tu sebab banyak faktor yang buatkan dia begitu. Contohnya macam saya, kenapa saya introvert untuk suasana baru sebab saya kurang keyakinan pada diri sendiri. Rasa terancam. Saya memang lebih selesa dalam hubungan domestik. Maksudnya untuk rakan yang saya dah kenal lama atau ahli keluarga saya. Sebenarnya untuk persekitaran baru, orang memang sukar nak memahami saya. Memang selalu saya dengar orang akan cakap saya sombong. Tak suka bergaul. Ok banyak lagi yang saya kena belajar kenali diri saya dan cara nak perbaiki. Atau mungkin saya terus fokus pa

Review #1 - What Happened To Monday

Image
What Happened to Monday Monday terperangkap dalam watak yang direka. 30 tahun dia membesar dalam dunia yang dicipta untuk 7 orang dalam satu masa. Walaupun ada kebebasan untuk dia ekspresikan keinginan dan watak sebenar dalam rumah, tapi fitrah dan keinginan sebagai manusia biasa dia tak boleh elak. Bila melibatkan hati dan perasaan, Monday mula hilang pertimbangan. Ditambah pula memang sentiasa ada golongan yang cuba ambil kesempatan pada pangkat Monday. Tapi kagum dengan atuk diorang, sebab nak bentuk 7 orang kembar jadi 1 watak yang serupa tu bukan senang. Diorang ni kematian mak sewaktu bersalin. Ditambah dengan polisi One Child Policy membuatkan Terrance Settman ambil alih membesarkan 7 beradik ni. Untuk pastikan 7 beradik ni terus hidup dan tak dibunuh, Terrance lakukan apa sahaja asalkan mereka dapat hidup dan dapat jalani hidup macam biasa. Cerita ni memang best. Korang boleh tengok macam mana Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday dan Sunday memang

Ertugrul #1

Puas hati bila kegiatan Aytolun Hatun terbongkar. Lebih menarik lagi bila Tugtekin Bey mendengar sendiri Aytolun mengaku dialah pembunuh Durun Hatun dan Korkut Bey, ibu dan ayah pada Tugtekin. Sejak kematian mengejut Durun Hatun, tak siapa pun tahu apa punca sebenar kematiannya. Ditambah pula masa tu Korkut Bey memang ada hubungan terlarang denvan Aytolun. Tugtekin cuba sayang Aytolun macam mak dia sendiri sebab Aytolun memang pandai berlakon terutama ketika bersama Korkut. Sampai la satu hari, Selcan Hatun yang memang kepakarannya bersangka buruk mula hidu kegiatan Aytolun. Selcan memang sejarahnya seorang yang suka merancang untuk menjatuhkan Ertugrul dan Hayma Hatun. Tapi akhirnya bertaubat sebab semua kegiatannya terbongkar dengan Ertugrul sendiri. Itu yang menyebabkan seluruh pekhemahan Suku Kayi dan Dodurga tak percayakan apa yang Selcan cuba sampaikan. Suami Selcan, Gundogdu sendiri sentiasa curiga dengan apa yang Selcan cuba sampaikan. Gundogdu bertambah sangsi bila Ertugrul da

Situasi Terkini Di Malaysia

Image
Bercakap tentang Covid-19 ni, umpama kita bercakap dengan diri sendiri. Berperang dengan diri sendiri. Berinteraksi dengan sosio-budaya dan ekonomi diri sendiri. Betul Covid-19 ditemukan di Wuhan, China tapi saya kira itu menjadi asbab sahaja. Selebihnya bagaimana kita atasi masalah dan ujian ni sebaiknya. Tak sepatutnya kita membandingkan kita dengan Itali dari segi kenaikan sebab Itali dan kita jauh beza dari segi populasi dan sosio budaya. Betul Itali  dan US membentuk satu garisan super exponential yang mana kadang kematian dan jumlah kes seharian meningkat mendadak dan masih belum surut sampai sekarang. Berbanding graf Malaysia yang dilihat lebih mendatar, saya yakin kita tak sepatutnya jadikan ianya sebagai ubat penenang untuk kita terus mengabaikan arahan PKP.  Saya kira esok, 1 April bakal jadi kayu pengukur kepada kesan PKP yang Malaysia dah kuatkuasakan 14 hari lepas. Andai pola menurun, maka alhamdulillah. Apapun sekalung pujian dah tahniah kepada kerajaan Malays

Tingkap Rumah Atau Tingkap Lokap?

Image
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020, sampai la hari ni lebih 800 orang ditahan sebab langgar Akta Kawalan Penyakit Berjangkit. Saya pun tak faham kenapa mereka ni susah sangat dengar arahan. Hampir seluruh dunia sudah memulakan operasi 'lockdown' masing-masing. Niat asalnya hanya satu saja. Nak putuskan rangkaian Covid-19 dari terus merebak kepada orang ramai. Sebab Covid-19 ni masih takde vaksin lagi.  Ada yang ditahan sebab panggil anggota polis beruk, ada yang ditahan sebab masih solat berjemaah di surau dan masjid. Oh ada juga ditahan sebab memancing! Ya memancing itu satu kepuasan tapi kalau terpaksa bermalam di Lokap, itu bukan kepuasan tuan-tuan dan puan-puan semua. Itu bangang namanya. Haha Saya faham ramai yang bosan duduk di rumah, tapi yakin la apa yang kerajaan buat ni semua untuk kita juga. Kerajaan tak nak kita menyusahkan orang lain.  Oh ada juga yang masuk dalam wassup group, ajak lepak kat ked